The end with tears (2)

  Setiap hari air mata mengalir,setiap hari merindui kekasih yang tercinta,setiap hari menahan perit yang  dialami.Elly tidak pernah berhenti berdoa,dia tidak pernah berhenti menangis tidak pernah lupa untuk melihat gambar arwah sebelum tidurnya.Setiap kenangan bersama diimbas kembali dan air mata akan mengalir dengan begitu sayunya dari pipinya yang gebu.Gambar,surat dan barang yang di berikan oleh arwah di simpan dalam sebuah kotak berharga.

     Beberapa minggu kemudian dia mula sembuh.Dia mula memikirkan tentang hal kehidupannya.Pada pagi itu dia pergi ke sekolah dan di sekolah dia hanya mendiamkan diri,dia mengambil sehelai kertas kosong dan dia menulis segala yang terpahat di dalam hatinya.Dia menangis di sekolah dan rakan-rakannya cuba untuk menenangkan dia daripada tangisan itu.Mukanya pucat seperti orang yang sakit.Hal ini berlaku secara tiba-tiba.

  Tiba waktu untuk pulang dari sekolah,dia menunggu arwah di "bus stop" yang sama semasa kejadian tradegi 8 September.Rakan sekelasnya bertanya "Kau tunngu siapa Elly?"

           Elly menjawab "Aku tunggu Amirul lah!".Rakannya terus memeluk Elly dan berkata bahawa arwah sudah tiada dan rakannya itu yang bernama Fifie mahu hantar dia pulang tetapi Elly tak mahu dan apabila dengar kata-kata Fifie dia meronta-ronta menangis di hadapan "bus stop" itu.Fifie memujuk Elly dan Elly adalah seorang gadis yang kuat, jadi dia senang untuk berhenti dari tangisan yang sangat perit di laluinya itu.

   Elly mengambil keputusan untuk pulang ke rumah dengan berjalan kaki.Semasa dalam perjalanan pulang dia singgah di pantai yang mereka berdua sentiasa lepak.Di sana terdapat sebuah batu yang besar dan itulah tempat mereka bersantai.Di atas batu itu tercatat nama mereka berdua dan Elly berlari-lari anak ke kawasan tersebut dengan menghayati keindahan pantai itu.Dia duduk bertentangan dengan pantai itu,dia cuba lepaskan segala kesakitan yang dia hadapinya di situ.

Dia teringat akan surat yang dia tulis isi hatinya  di dalam kelas tadi.Dia mencapai beg sekolahnya yang berwarna biru dan hitam dan dia mengeluarkan surat itu.Elly renungkan surat itu,dia membaca semula surat lalu dia melipat surat itu menjadi bentuk sampan lalu dia melepaskan surat itu ke dalam pantai itu.Surat itu bergerak mengikut aliran air tersebut.

   Selepas itu,dia berjalan dengan begitu perlahan lalu dia duduk di atas batu yang besar itu dan dia menulis ...

TRAGEDI 8 SEPTEMBER 2011


Setelah setengah jam dia berjalan di tepi pantai itu,dia lihat jam tangan di tangannya tepat 3 petang lalu dia bergegas untuk pulang ke rumah.
     Beberap minit kemudian.dia sampai di rumah dan ibunya bertanya "Elly,kenapa lewat pulang hari ni?Tadi kawan awak Fifie datang cari awak" .Elly menjawab " Saya pergi ke tepi pantai.Buat apa Fifie datang cari saya? " Ibunya pula menjawab "Itu ibu tak tahu,nanti awak tanyalah dengan dia."

   Elly senyum lalu dia jalan pergi ke bilik,mandi dan solat.Selepas selesai melakukan kerjanya dia menelefon Fifie.

            Hello Fifie,kenapa kau datang rumah aku tadi ?
Ohh tak.Aku nak ajak kau keluar pergi jalan-jalan.

Elly pun mengambil keputusan untuk keluar bersama Fifie.Elly siap-siap dan menunggu kehadiran Fifie untuk menjemputnya di hapan rumah.

Mereka pergi sebuah taman yang sangat cantik dan Fifie temukan Elly dengan seorang lelaki yang kacak,handsome dan tinggi.Lelaki tersebut memakai baju berwarna kuning,berkaca hitam dan seluar warna jeans berwarna hitam.

Elly bertanya kepada Fifie "Siapa nie?" Fifie menjawab "Lelaki ini mungkin boleh jadi pengganti hidup Amirul dalam hidup kau". Elly berlari dari situ lalu lelaki berbaju kuning berkaca hitam itu mengejarnya dari belakang.Lelaki itu membuka kaca mata lalu dia palingkan badan Elly lalu Elly melihat wajah lelaki tersebut dan dia terperanjat.

     Lelaki itu adalah bekas kekasihnya sebelum dia berjumpa dengan arwah.Nama lelaki itu adalah Hairi .Tiba-tiba air mata mengalir daripada matanya apabila melihat Hairi.Dia menceritakan tragedi 8 September itu kepada Hairi sementara itu,Fifie meninggalkan mereka berdua di taman tersebut lalu dia pergi ke sebuah gerai yang berdekatan dengan taman itu .

     Elly and Hairi rancak berbual.Hairi berjaya membuat wajah Elly tersenyum.Mereka gelak ketawa bersama dan tiba-tiba Elly terkenang akan arwah tetapi dia cuba untuk tidak menghiraukan perasaan tersebut.Setelah lama berbual mereka bangun dari kerusi yang mereka duduk dan bergerak ke gerai yang Fifie pergi tadi .

Sambungan akan datang .......
          

  







No comments: