Ketika Bersama Kau

  Ketika aku bersama kau Johan,aku merasa diri aku seperti di langit yang tiada siapa pun yang boleh memegangnya.Hanya tuhan yang dapat merasakan betapa gembiranya aku ketika itu.Hari-hari kau datang mengucup pipi aku,kau akan kejutkan aku daripada tidur,kaulah suami yang paling soleh di dunia.Kau tidak mengharapkan aku memasak untuk kau,malah kadang-kadang kau yang sediakan aku sarapan lalu aku dikejutkan daripada tidurku.Kita solat bersama-sama,zikir bersama-sama dan segalanya bersama.

  Hari-hari kau berkata bahawa aku adalah milik kau sampai nafas terakhir kau.Kau berjanji macam-macam pada diri aku.Kau selalu membacakan doa di telinga aku sebelum aku tidur.Aku pula akan salam dan kucup dahimu sebelum aku lelapkan mata.Hari-hari kau datang peluk tubuhku ketika aku sibuk memasak untuk kau di dapur.Kaulah periang aku di rumah,kaulah sahabat aku,kaulah syurgaku.

  Senyuman kau ibarat jantung hatiku.Setiap kali kau tersenyum,hatiku sungguh gembira.Jika seketika kau tinggalkan aku,aku menjadi resah dengan pemergianmu walaupun hanya seketika.Pada setiap saat,minit dan jam aku pasti akan merinduimu.Kau adalah tulang belakang bagiku.Jika aku menitikkan air mata,kaulah pengubat luka dihatiku.Kau sedaya upaya cuba menggembirakan hatiku.Kau tidak pernah minta daripadaku untuk membahagiakanmu,malah hari-hari aku akan cuba untuk membahagiakanmu kerana kau adalah jejaka yang pertama dan terakhir dalam hidupku.Setiap hari kita habiskan masa bersama dengan pergi bercuti ke mana jua tempat yang ingin aku pergi.Kau sanggup membazirkan masa kau,tenaga kau,wang kau demi untuk melihat aku bahagia.

    Kisah yang aku tidak dapat lupakan adalah hari pernikahan kita di mana satu sahaja lafaz kau " Aku Terima Nikahnya Arliza Binti Jefri dengan mas khawin RM22.50 ".Aku menitikkan air mata tanda aku gembira ingin bersama kau,aku kucup dan peluk tubuh ibuku kerana aku tidak akan tinggal bersama mereka kerana kini aku sudah bersuami.Aku sudah menjadi milik kau.Kau sarungkan sebentuk cincin ke jari manisku.Aku merasakan degupan jantungmu pada waktu itu.Aku langsung tidak pernah lupa,kau juga menitikkan air mata lalu kau berkata pada aku bahawa kau sangat takut.Aku tertanya-tanya kenapa kau takut,lalu kau berkata kau takut pada suatu hari nanti kau tidak mampu untuk menjaga aku dengan sempurna,kau tidak mampu memberikan aku kebahagiaan.


Ternyata segala kata-katamu itu menjadi kenyataan.Kau pergi jauh tinggalkan aku bersendirian.Kau berjalan jauh tanpa kau sedari bahawa aku adalah halal bagimu.Hari-hari aku,aku kongsikan dti engan kau.Aku ingin melihat senyuman kau seperti hari pertama aku melihat kau .Tiada yang lebih bermakna dalam diri aku kecuali kau.

Suatu hari yang buruk,menyebabkan aku kehilangan kau sehingga kini.Keadaan telah mengubah segalanya.Aku tabah & kuat hadapi semuanya namun kau terus-menerus menolak cinta aku.Aku tidak sanggup pulihkan cintamu itu.Kau adalah sahabat aku,kau adalah kekasih aku & kau adalah suami aku yang sah. KAUUUUU ADALAH SUAAAMII AKU YANG SAH !!

No comments: