Kawan.

        Keikhlasan hati seseorang diabaikan.Terasa kecewa seperti dipulaukan.Mungkin kau hebat,kau terkenal namun tiada niat dihati untuk menjatuhkan kau.Mungkin aku silap langkah dalam pergaulan,kenapa tidak kau menegur dengan cara yang baik.Hari-hari aku menunggu balasan daripada kau.Kau memulaukan segalanya.Aku menanti dan menanti hingga sekarang.Dulu kau baik dan kau akan membalasnya.Dengan tiba-tiba kau berhenti membalasnya.Aku tersentuh,maka aku cuba mendekati kau.Mungkin kita tak setaraf namun keikhlasan aku untuk menjadi sahabat kau tu lagi tinggi.Demi tuhan aku hanya ingin menjadi sahabat kau.Aku berusaha untuk mencari tahu,aku paksa dan memaksa orang itu.Aku langsung dan sungguh tidak kenal pada orang itu,namun dia sanggup membantu aku.Aku berjanji padanya,aku akan menjaga nama baiknya.Oleh itu,sampai ke hujung nyawa aku,itu akan menjadi rahsia dalam genggaman .Jangan kau pecahkan kepala demi mencari tahu siapa orang itu,kerana dia bukan orang yang kau rapat.Orang itu sanggup membantu aku demi aku ingin meminta maaf pada kau.Aku borak dengan kau,suara kau ibarat mahu menelan aku,lalu aku mematikannya dengan segera.Menitis air mata aku,kenapa kau buat begini.Kenapa kau tidak tegur sahaja kesilapan aku? Kenapa ?Mungkin kau lihat aku seperti orang jalanan,namun aku melihat kau ibarat permaisuri.Walaupun berbeza namun dimata tuhan kita sama sahaja.Aku tidak harapkan apa-apa kecuali persahabatan yang ikhlas.Aku tidak patut memaksa namun aku cemburu bila kau berkawan dengan orang lain kerana aku juga ingin menjadi sahabat kau.Kenapa kau menolak?Jika kau sahabat yang baik.Kau jawab setiap persoalan aku.Rambut sama hitam tapi hati lain-lain .Pesan ibu aku setiap masa.Bukan aku tiada rakan di dunia,aku cuma mahu mencari pengalaman berkawan dengan kau.Kau merupakan idola aku.Aku cuma ingin meminta pendapat dan nasihat.Izinkan aku !!Mungkin ini semua keterlaluan tapi bagi aku ini adalah yang terbaik cara aku meluahkannya.Pendam dan pendam selamanya membuat aku sedih,resah dan sesal .Apa punca segalanya ?Tak usah kau hebohkan pada orang lain.Ini hanya untuk kau seorang sahaja.Kau baca setiap kali kau mahu tidur,lalu kau fikirkan apa yang sedangkan kau lakukan.Jangan kau menyesal di kemudian hari wahai sahabat.Orang ketiga membantu setakat yang dia mampu.Aku rasa malu ingin meluahkan padanya.Dia menjadi orang ketiga untuk menyampaikan pada kau.Dia memiliki hati yang mulia dan dia menyampaikan pesanan aku.Aku bersyukur!Setakat ini sahaja yang aku mampu ..

1 comment:

Anis Farhana said...

Hai . selamat malam . jom singgah blog saya :)

http://budakpeliksstory.blogspot.com/
ps : done follow awak :)