Pusaraku

     Namaku Shazali. Aku dikenali sebagai Tempang kerana kakiku sedikit tempang sejak aku dilahirkan.Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang agak susah. Aku mempunyai 5 orang adik yang masih kecil lagi. Aku  adalah anak yang sulung. Bapa aku telah meninggal dunia sejak aku kecil . Aku dibesarkan oleh seorang ibu yang hari-hari keluar untuk mencari rezeki buat kami sekeluarga. Aku seorang pelajar di SMK Sungai Lukut . Aku belajar di Tingkatan 4 Setia.Di sekolah, aku selalu dipanggil naik ke pentas kerana  pakaian aku yang kotor, kasutku yang berlubang dan beg sekolahku yang buruk.

  Cikgu Tiara adalah guru disiplin di sekolah aku.Dialah acap kali menyuruh aku menaik ke atas pentas bersama-sama pelajar lain yang berpakaian tidak kemas. Kami dicaci,dimarahi dan dirotan.Sebagai seorang pelajar, kadang-kadang aku terfikir, mengapakah seorang guru tidak dapat memahami keadaan anak-anak muridnya. Aku bukan dilahirkan dalam keluarga yang kaya,sudah banyak kali aku berusaha mencari duit untuk membeli baju ,kasut dan beg sekolah namun ia tetap tidak mencukupi.Aku pernah diberi bantuan oleh pihak sekolah namun ia aku berikan kepada adik-adikku yang belom pernah merasai memakai beg baru. Sebagai seorang abang aku perlu mengalah.

   Aku digelar tempang oleh semua rakan-rakanku. Aku tidak mempunyai rakan. Semua orang membenci aku dan memandang rendah pada diri aku.Aku terima ketentuan Tuhan yang aku dilahirkan sebagai seorang tempang namun kadang kala aku berasa menyesal kerana cacian orang disekeliling aku membuatkan perasaan itu membuak-buak dalam diri aku walaupun aku tahu, aku patut bersyukur dengan kurniaan Tuhan.

     Bermain bola itu adalah hobi aku sejak kecil. Walaupun aku tahu kaki aku tempang namun aku dikurniakan oleh Tuhan satu bakat yang luar biasa. Aku bukan seorang yang kaki bangku.Cikgu Johan adalah guru pendidikan jasmani di sekolah kami. Dia memberitahu pada semua pelajar lelaki yang ingin menyertai Pertandingan Bola Sepak haruslah hadir ke sekolah pada pukul 2.00 petang pada keesokkan harinya.

      Dengan perasaan gembira aku pulang ke rumah untuk memberitahu ibu aku tentang latihan ini .Ibu aku mengizinkan aku menyertai latihan tersebut namun dia menegaskan bahawa aku perlu membantunya menjual kuih pada petang ini. Dengan perasaan gembira,aku pun lari masuk ke dalam bilik lalu bergegas ke bilik mandi .Ketika aku mahu mengambil baju aku yang dilipat rapi oleh ibu aku,aku menangis kerana aku lihat tiada satu pun baju yang bersih untuk aku pakai pergi ke latihan bola sepak itu nanti .Setelah aku selesai mandi, aku menggesel-gesel di bahu ibu lalu aku berkata "Ibu, Along nak beli baju baru untuk latihan nanti boleh?" kata aku kepada ibu.
 
      Tiba-tiba aku melihat air mata ibu mengalir. Ibu berkata bahawa dia tidak mempunyai wang untuk beri pada aku.Aku turut sedih atas pernyataan ibu itu. Ibu peluk erat tubuhku lalu ibu berkata "Kalau kamu nak sangat baju tu,pergilah ambil duit yang ibu simpan di dalam tabung sebelah almari tu," kata ibu . Aku tidak mahu mengambil duit itu kerana aku tahu, sudah lama ibu mengumpul wang tersebut untuk membeli ikan kegemarannya. Namun,ibu berkata bahawa duit boleh dicari.

    Tepat pada 4.00 petang,aku dan adikku yang bernama Rozi keluar untuk menjual kuih seperti yang aku janjikan kepada ibu. Aku bawa sekali wang yang ibu beri untuk mebeli T-shirt untuk latihan nanti. Aku menjual kuih dari rumah ke rumah. Alhamdulillah,murah rezeki pada hari ini kerana semua kuih habis dijual.Setelah selesai menjual kuih,aku pergi ke Kedai Baju Taw Chew. Di sini ada menjual T-shirt yang aku idamkan itu.

      Aku masuk ke dalam kedai tersebut lalu aku pun mula memilih T-shirt itu. Aku pun mengambil sehelai T-shirt yang digantungkan di salah satu sudut kedai tersebut . Aku pergi ke kaunter untuk membayar,lalu Tauke itu bertanya pada aku, "Dari mana dapat duit ni,curi ke ?," .Aku hanya mampu senyum sinis kerana aku sudah masak dengan sikap masyarakat kampung ini yang suka memperkecilkan orang miskin. T-shirt itu berharga RM20.00 . Berat hati aku untuk mengeluarkan wang itu daripada poket seluarku ini namun demi cita-cita aku yang ingin menjadi seorang pemain bola sepak aku terpaksa. Setelah selesai aku membeli T-shirt tersebut. Aku dan adik dengan gembiranya pulang ke rumah.

   

No comments: