Ku tetap Menanti (2)

Siapakah perempuan yang menaiki motosikal menjadi persoalankan ??


Perempuan yang menaiki motosikal itu memberhentikan motornya dihadapan rumah Iskandar lalu dia memanggil Iskandar.Iskandar pun lari bergegas dan berkata kepada Zalisha" Awak,tunggu sini sebentar ye." Azlisha hanya mengangguk.

Perempuan yang bermotosikal itu adalah rakan karib Iskandar.Mereka berbual begitu rancak dan mesra sehinggakan Iskandar lupa akan Zalisha yang sedang menunggunya.Zalisha bangun dan dia ingin menuju ke tempat yang mereka berdua berborak-borak.Dia lihat kemesraan yang ada dalam berbualan mereka lalu dia tidak jadi untuk pergi ke sana.Dia menahan tangisan air mata itu dan dia berkata dalam hati "Ya,allah jangalah kau mengambil Is daripada aku,aku sayang dia ya allah".Dia mengelap setitik air mata yang mengalir dengan sendirinya. 

Zalisha mengambil keputusan untuk masuk ke rumah Iskandar dan berborak dengan ibu bapa Iskandar.Setelah 15 minit kemudian,Iskandar pun datang dan dia meminta maaf kepada Zalisha dan Zalisha pun memaafkannya walaupun perit untuk dia maafkan.Zalisha pun mengambil keputusan untuk pulang ke rumahnya takut ibunya akan risau ke mana dia pergi walaupun dia sudah beritahu pada ibunya ke mana dia ingin pergi .

Dia pulang ke rumah ,dia menangis dan dia menulis segala yang terpendam dalam hatinya di dalam sebuah diari .


Dia cuba untuk lupakan apa yang terjadi kerana dia adalah seorang pemikir yang tebaik kerana sentiasa berfikiran positif. 
Kebesokkan harinya,adalah hari persekolahan iaitu hari Isnin.Dia pergi ke sekolah menaiki kereta yang dihantar oleh ibunya.Jarak sekolah dari rumahnya lebih kurang 7 km.Setelah sampai di hadapan pintu pagar sekolah di salam ibunya dan ibunya mencium dahinya lalu dia pun turun daripada kereta.Selangkah di masuk ke sekolah dia ternampak Iskandar sedang berbual dengan seorang perempuan.Perempuan itu adalah rakan sekelasnya.Meraka berbual begitu rancak.Zalisha dengan sengaja lalu di hadapan mereka dan dia buat tidak tahu.Iskandar memanggilnya tetapi dia tidak menghiraukan panggilan itu dan dia berjalan dengan pantas ke perhimpunan .Iskandar tidak cuba untuk mengejar Zalisha dan memujuknya. 

Zalisha duduk di tapak perhimpunan,sementara perhimpunan belum mula dia berkongsi masalahnya dengan rakan baiknya iaitu Najwa.Dia menceritakan apa yang terjadi antara dia dengan Iskandar semalam dan hari ini.Kawannya Najwa memberi pendapat supaya Zalisha tinggalkan Iskandar dan biarkan sahaja dengan kehidupan dia sekarang.Zalisha pula berpendapat bahawa dia ingin berjumpa dengan Iskandar bertanya kenapa dia berkelakuan seperti ini.Najwa seorang yang batu api kerana telah menghapuskan pendapat Zalisha sendiri sehinggakan Zalisha telah mengambil keputusan untuk putuskan hubungannya dengan Is.

Sambungan akan datang .................
If belum baca yang lama sila klik "OLDER POST "




No comments: