Ku tetap menanti (3)


Sepanjang berada di sekolah,Zalisha langsung tidak menegur Is,sedangakn Is datang ke tempatnya untuk mulakan perbualan walaupun dia tahu dia salah,tetapi Zalisah tidak mengendahkan kehadiran Is itu.
   Petang selepas pulang ke sekolah Zalisha memanggil Is yang sedang duduk lepak bersama-sama rakannya.Is pun datang dengan perasaan yang gembira untuk meminta maaf,sampai sahaja di hadapan Zalisha belum sempat dia ucapakan kata maaf,Zalisha telah berkata "Lepas ni,hubungan kita tidak akan kekal hingga ke akhir hayat" .Is tertanya-tanya akan apakah kesilapan yang dia lakukan sehinggakan hubungannya terputus sedangkan dia hanya berbual dengan rakan-rakannya sahaja.

  Iskandar pujuk dan terus pujuk Zalisha tetapi hatinya sangat keras untuk terima Is semula.Tiba-tiba air mata mengalir dari mata Is yang sudah layu kerana kecewa dengan tindakan Zalisha itu.Air mata itu membuktikan betapa besar,betapa sayangnya dia terhadap hubungan yang mereka jalinkan.Iskandar sayang akan Zalisha kerana dia seorang gadis yang bertudung,seorang gadis yang solehah dan seorang gadis yang hidupnya diberkati ibu bapanya.Tanpa ada hati perut Zalisha meninggalkan Is di situ.Is mengelap air matanya lalu dia dengan tabah terima dugaan ini.

 Hari-hari dia cuba untuk melembutkan hati Zalisha dengan memberi bunga,surat dan kadangkala dia akan ucapakan kata-kata yang manis terhadap Zalisha.Gambar yang diambil sama-sama juga diberi kepada Zalisha supaya dia simpan akan gambar itu dan dia sertakan satu mesej  "suatu hari nanti pasti kita akan jalinkan hubungan yang halal di sisi Allah S.W.T" .Segalanya yang dilakukan hanya sia-sia.Selama dua tahun dia cuba untuk pujuk Zalisha tetapi segalanya gagal dan dia percaya suatu hari nanti pasti Zalisha akan kembali kepadanya.

  Dua bulan kemudian dia mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur dan ibunya telah mengizinkan pemergiannya  ke sana.Sebelum dia bergerak ke Kuala Lumpur,dia sempat pergi ke rumah Zalisha dan berbual-bual buat kali terakhir.Dia pun pulang ke rumah semula dan mulakan perjalanan ke Kuala Lumpur.

  Pekerjaan dia di sana adalah sebagai seorang Akauntan di syarikat rakan ayahnya iaitu Syarikat Fightling Holding Shd.Bhd.Iskandar seorang yang bijak dan kacak.Hari pertama dia mulakan pekerjaan adalah 9 Ogos 2011 dan semasa itu umurnya 19 tahun.Dia mendapat bekerja di situ kerana itu adalah syarikat rakan bapanya dan syarikat itu memerlukan akauntan kerana terdesak.Akauntan di syarikat itu telah masuk hospital kerana sakit jantung.Pada tarikh yang sama itu Zalisha di Perak telah jatuh hati dengann seorang lelaki yang bernama Shahrizal.Nama panggilannya adalah Shah.

  Zalisha dan Shahrizal begitu rapat dalam menjalinkan hubungan sedangakan Iskandar di Kuala Lumpur sibuk akan dengan pekerjaannya.Di syarikat itu ada seorang pembantu asisstant yang akan membantu Is apabila Is memerlukan bantuan.Nama perempuan itu adalah Nerina.Nerina akan membantu menyiapkan kerja Is dan dia adalah seorang asisstant yang rajin dan juga amanah.

 Disebalik semua kebaikkan yang dilakukan kepada Is ada maknanya,ibarat peribahasa ada udang disebalik batu. Perasaan yang ada dalam hati Nerina ini tidak diketahui oleh Is kerana Nerian tahu Is tidak lagi memikirkan hal percintaan kerana dia sibuk dengan kerjayanya.Nerina hanya pendamkan perasan itu kerana dia seorang yang pemalu dan dia tidak berani memberitahu hal itu kepada Iskandar.

  Dua tahun yang berlalu,Sharizal telah memutuskan hubungannya dengan Zalisha kerana dia ingin berkhawin dengan gadis yang  lain.Hal ini menyebabkan Zalisha pula kecewa dan patah hati.Dia tidak keluar dari bilik dan hanya memerap di dalam bilik lalu tidak makan dan ini menyebabkan ibu bapanya risau dengan keadaannya.Sedang akan dia mengemas bilik-biliknya,dia terjumpa akan surat dan gambar-gambar yang Is berikan kepadanya.Tiba-tiba perasaan gembira hadir dalam dirinya dengan mengingatkan kata-kata Iskandar "Kita pasti akan jalinkan hubungan yang halal di sisi Allah" sambil mengelap air matanya.

  Dia belari dengan gegas keluar dari bilik dan dia berkata padanya ibunya "Ibu,Zalisha nak pergi KL nak cari Is".Pada mulanya ibu Zalisha tidak membenarkan tetapi kerana dia risaukan keadaan anaknya itu dia pun merelakan pemergian Zalisha itu.Zalisha pergi ke rumah ibu Is selepas menunaikan solat Asar.Dia pergi ke sana untuk menyakan alamat rumah Is di KL.

  Pada keesokkan harinya dia pergi KL menaiki bas dengan seorang diri semata-mata demi cinta.Dia percaya dia pasti akan berjumpa dengan Is.Setelah 6 jam dalam perjalanan,dia pun sampai di KL.Setelah sampai sahaja di sana dia menahan teksi dan teksi itu membawa Zalisha ke alamat yang Zalisah tunjukkan kepada pemandu itu.

   15 minit kemudian dia pun sampai di hadapan rumah Is.Dia tiba di rumah Is tepat pada pukul 7 petang.Awan sudah gelap kerana matahari sudah terbenam. Zalisha naik lif kerana Is tinggal di Kondominium.Setelah tiba di depan pintu dia menekan lonceng dan Is pun keluar.Zalisha mulakan perbualan malah sangat kecewa kerana Is tidak lagi mengenali Zalisha.Zalisha mula menangis tetapi sayangnya Is tidak heran dengan Zalisha kerana dia telah lupakan Zalisha.Zalisha terpaksa tinggal di hotel yang berdekatan dengan rumah Is.

    Pada keesokkan harinya,Zalisah telah menunggu Is di hapan pintu rumah Is dengan gambar-gambar dan surat yang Is berikan kepada dia kerana dia tahu pukul 9 pasti dia akan pergi ke kerja.Beberapa minit kemudian,Is membuka pintu dan Zalisha menunjukkan gambar mereka berdua.Tiba-tiba Is terperanjat dan dia menjerit "Zalishhaaa" lalu dia menyuruh Zalisha masuk ke rumah dan mereka berborak-borak.

Oleh kerana itu,dengan tidak melengahkan masa Is membuat persiapan untuk perkhawinannya dan Nerina perempuan yang suka dengan Is redha dengan apa yang terjadi dan dialah yang mengurusakan semua hal perkhawinan Is.

  Akhirnya,mereka berdua bahagia membina satu keluarga yang bahagia .


Sekian terima kasih kepada pembaca..........:) 




   
Cerita ini adalah permintaan Robert Azri. :/ 

No comments: