Perkhemahan Kor Kadet Polis Sekakap Mersing 2012



26/5/2012-Awal pagi 5.30 sudah bersiap sedia untuk bangun dari tidur,mandi ,solat dan bersarapan pagi.
6.30 pagi sudah sampai di sekolah tunggu kehadiran rakan-rakan seperjuangan yang turut sama akan pergi ke KEM KOR KADET POLIS itu.Setelah semua sampaii di sekolah barang-barang yang ingin di bawa bersama telah di susun dengan rapi mengikut kumpulan masing-masing.Menunggu kehadiran track yang akan mengangkut kami semua ke tapak perkhemahan tersebut.Akhirnya,track pun telah tiba lalu kami pun naik ke dalam track dan lebih kurang 2 jam kami mebazirkan masa hanya dalam perjalanan ke tapak perkhemahan .
Setelah sampai di sana kami berkumpul di padang yang bernama padang poco-poco.Setelah pembahagian kumpulan diadakan ,kami semua di arahkan olek S.M Ramlee untuk mendirikan khemah masing-masing. Favourite word "Ke laut nanti " .HAHA.Selepas itu kami berjalan kaki dijalan raya dan tepi pantai sejauh 5 km .Setelah pesiapan makan malam.Solat maghrib ,solat isyak dan tazkirah kami diarahkan untuk bersedia dengan berpakaian sukan untuk menjalani aktiviti yang pertama iaitu Night Walk .Jalan sambil memegang lilin .Kenangan pahit yang dilalui adalah terdengar satu bunyi suara yang amat mengerikan ,lalu aku berlari mengejar rakan di hadapan ku.Ternyata itu adalah suara salah seorang anggota polis di situ.Setelah semua orang berjaya sampai ke destinasi yang terakhir semua berbaris semula  dan berkumpul di padang poco-poco dan balik ke khemah masing-masing.

27/5/2012-Bangun pagi ,solat subuh ,kuliah subuh dan 6.45 pagi semua kadet berkumpul di padang poco-poco untuk senaman pagi.Kenangan manis di sini adalah dapat mempelajari  bagaimana cara berpoco-poco.Setelah selesai berpoco-poco kami bersarapan pagi dan bersiap sedia untuk ke jungle tracking.Berlari di atas titi yang bergoyang-goyang,memanjat tembok,panjat tali dan sebagainya.Kenangan manis di sini adalah dapat melakukan aktiviti yang mencabar disebaliknya pasti ada yang pahit iaitu kaki dan tangan di tinggalkan dengan luka-luka kecil .Setelah siap semua latihan, kami bekumpul di padang poco-poco dan selepas beberapa minit kami pulang ke khemah masing-masing dan selepas isyak kami ada lagi satu aktiviti iaitu Night Walk (Burung Hantu ) .Aktiviti yang paling tidak akan saya lupakan .Duduk seorang diri di dalam hutan,sehinggkan sempat bermimpi,terbangun setelah mendengar satu suara menjerit "Asap ,asap Api ,Api " Semakin laju saya membaca ayat kursi,langsung tiada perasaan takut malah menganggap itu semua hanya cabaran yang harus dihadapi.

28/5/2012-Seperti biasa melakukan senaman pagi selepas itu besarapan pagi dan memulakan hari itu dengan aktiviti yang sangat-sangat mencabar iaitu Ronda Jarak Jauh .Dengan perasaan gembira memulakan langkah masuk ke hutan,tiba-tiba terpaksa melintasi sebuah paya yang berlumpur.Semakin berkobar-kobar semangat untuk melintasi paya itu apabila melihat paya itu berlumpur.Kenangan manis di sini adalah dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakan di dalam satu kumpulan dengan bekerjasama sesama ahli kumpulan.Kenangan pahit pula adalah sepasang kasut saya telah hilag di telan lumpur tetapi kerana hati mulia salah seorang ahli daripada kumpulan saya telah meberikan salah satu kasutnya.Saya berjalan dengan kaki kanan berkasut dan kaki kiri berstokin.Apabila mendengar bunyi mercun semua orang haruslah down seperti Askar,walaupun ia amat memenatkan tetapi amat saya gemari.:)Di tepi laut, terpaksa berguling dan naik ke padang poco untuk membuat perjanjian bahawa kami semua telah berubah.Disebabkan suara yang tidak kuat saya terpaksa cium tiang eletrik tetapi kali kedua suara saya menjai kuat dan dibenarkan duduk .Selepas itu kami bermandi-manda di laut hanya dalam masa 20 minit dan malam hari itu pelbagai gelagat yang diperlakonkan oleh setiap kadet.Kumpulan kami telah mempersembahkan Dikir Selatan .Kenangan manis di sini adalah dapat mepelajari sesuatu yang baru iaitu cara berdikir dan kenangan pahit adalah tiada kerjasama sesama ahli kumpulan.Setelah selesai semua persembahan kami disuruh untuk mengambil wuduk dan kami membaca pelbagai ayat Al-Quran supaya penyakit kami di sembuhkan tetapi saya berniat supaya handphone saya yang hilang dapat jumpa semula.

29/5/2012-Hari terakir kami di sini.Khemah diruntuhakan,tetapi berat rasa hati.Sementara majlis penutupan diadakan kami berdansa yang diketuai oleh Adib .Majlis penutupan dimulakan dan Cik Hasbullah mulakan ucapannya,khusyuk semua kadet mendengar cerita beliau tiba-tiba air mata mengalir dari mataku.Kami di minta berdiri dan menjerit sekuat hati "Cikgu Kami dah Berubah ,Cikgu dengar Tak ?" Semakin laju air mata mengalir tetapi terpaksa bertahan.Majlis penyampaian hadiah diadakan kumpulan 4 telah mendapat tempat ke tujuh .Alhamdulillah hati kecik berkata.Bersalam-salaman sesama rakan ,semakin sedih rasa hati tetapi itu semua terpaksa dilalui kerana hari kami berjumpa hanya 4 hari 3 malam .Setelah sampai di rumah kenangan pahit iaitu handphone yang hilang bertukar menjadi kenangan manis kerana berjaya ditemui . Sekian .


I LOVE YOU ALL GUYS 


Kami Kadet Hebat
Hebat ,Hebat ,Hebat
We Are Brilliant
Yes,Yes,Yes
Huuuuu Yes ....





1 comment:

Mimieesyeerro said...

owh. bestnye camping .lame da sy ta ikod mane mane camping .hewhew ^___^

btw, jom3 baca entry terbaru saya :)

http://www.loveesparadise.blogspot.com/2012/05/2-handset-2-gfbf-haa-kalau-5-5-ke.html