Dahulu dan Kini

    DAHULU 

    Dua orang anak dan sebuah rumah yang usang adalah harta yang dimiliki.Kehilangan suami selepas lahir anak keduanya semasa berumur 2 tahun.Anak pertamanya berumur 8 tahun pada masa kini dan anak keduanya beumur 4 tahun .

    Berusaha untuk mencari duit untuk mereka berdua,untuk membelikan pakaian mereka,untuk membelikan susu mereka dan sebagainya.Hari-hari pergi menoreh getah pada awal pagi selepas solat subuh.Pulang ke rumah untuk melihat keadaan di rumah dan berehat seketika sementara itu menunggu kepulangan anaknya yang pertama iaitu Abdullah pulang dari sekolah.Abdullah pulang dari sekolah dengan wajahnya yang agak lemah dan kelaparan kerana dia tidak dibekalkan dengan wang saku untuk berbelanja di sekolah.Setelah pulang dari sekolah,dia akan ambil adiknya iaitu Heliza di rumah jirannya kerana ibunya akan menghantar adiknya di rumah jirannya semasa ketiadaan mereka berdua di rumah.Abdullah akan membantu ibunya menyediakan makan tengahari iaitu bubur dan juga ikan masin.Lauk yang sama pada setiap hari,tanpa rasa muak hari-hari memakan lauk yang sama.Setelah siap makan bersama-sama Abdullah akan mandi dan membasuh pakaian dia,ibunya dan adiknya.Ibunya pula akan pergi bekerja di sebuah gerai yang berdekatan dengan rumahnya.Abdullah tinggal di rumah menjaga adiknya dan membuat semua kerja sekolahnya sambil membantu ibunya menyiapkan kerja rumah.Tidak pernah mengucapkan kata penat kepada ibunya walaupun umurnya baru sahaja 8 tahun. Atas dasar didikan yang ibunya beri ,Abdullah menjadi seorang anak yang solehah,pelajar yang cemerlang,baik hati ,rendah diri dan sebagainya.

   Ibunya akan pulang dari kerja tepat pukul 6 petang,sebelum kepulangan ibunya dia akan membersihakn rumahnya dan dia akan bersiap sedia untuk pergi ke kelas tambahan di sekolah.Ibunya pula mengambil alih untuk menjaga adik kecilnya itu di rumah.Berjalan kaki seorang diri ke sekolah dan tepat pukul 10 kelas tambahan akan tamat.Pulang ke rumah dan akan menyiapakan semua kerja sekolahnya di bawah satu pancaran cahaya lilin .
 
    Hari demi hari menjalani rutin harian seperti itu dan akhirnya dia berjaya menjejakkan kaki di sebuah Universiti dan selepas 3 tahun dia telah mendapat segulung ijazah.

KINI 

      Hidup dalam keluarga yang serba kaya.Bapa seorang Pegawai di sebuah syarikat,ibu pula seorang Datin.Pergi ke sekolah dihantar oleh driver.Pulang daripada sekolah tiada sesiapa di rumah kecuali tukang gaji.Rasa bosan di rumah dan mula berjinak untuk keluar dari rumah kerana terpengaruh dengan ajakan rakan.Pulang lewat malam ke rumah,ibu dan bapa masih belum sampai ke rumah.Pergi ke sekolah dengan pakaian yang segak kerana tukang gaji yang gosokkan pakaian itu.Beg kosong sahaja yang di bawa ke sekolah.Apabila ibu dan bapa memberi nasihat ,ibu dan bapa dimarahinya semula.Tiada rasa hormat kepada ibu dan bapa.Pelajaran entah ke mana.Segalanya hancur tanpa ada kerjaya dalam hidup .Menjadi seorang penagih dadah dan diumban ke dalam penjara dan di hukum gantung.Tamat riwayatnya dengan hukum gantung .


Cerita di atas tiada kaitan antara yang hidup dan mati.Cerita yang direka atas dasar pemerhatian yang dilakukan.Bukan dikatakan orang yang lahir dalam kalangan keluarga berada semuanya begitu tetapi pemerhatian seorang ibu dan bapa terhadap anak itu sangat penting dalam mendidik seorang anak.

1 comment:

Pwincess said...

Dahulu lagi baik dari kini. Peace =D

http://thenurulee.blogspot.com/2012/06/go-expend-money.html