Dosa-Dosa Ku

 Terlalu banyak dosa aku terhadap kau.Setiap detik,setiap saat kau perhatikan perbuatan aku yang tidak langsung mengingati diri kau, aku tidak lakukan suruhan kau malah lakukan segala larangan yang kau larang.Dengan tanah kau jadikan aku,betapa hebatnya kau Ya Allah.Kau wujudkan aku di dalam perut ibu aku,9 bulan aku berada dalam perut ibuku dan setelah 9 bulan, aku dilahirkan.Aku dijaga dengan penuh kasih sayang oleh ibu bapaku sampaikan sanggup tidak tidur malam kerana ingin menjaga aku,ingin menyusukan aku.Semakin lama, aku semakin membesar,aku di didik supaya bertudung,aku diajar supaya sujud kepada kau aku di ajar supaya membaca ayat-ayat suci kau.Hari-hari kecil aku habiskan dengan bermain dan apabila meningkat sedikit aku akan dipukul jika tidak sujud kepadamu kerana ibuku berkata "Solat itu Wajib".Aku tanpa berkata apa-apa akan taat suruhan ibuku itu.Aku rajin untuk memakai sepasang baju dan kain yang putih untuk menghadapmu 5 kali sehari.Aku rajin membaca ayat-ayat sucimu itu,aku rajin berdoa kepadamu supaya ibu bapa aku sihat sentiasa.

Kau telah menentukan umur manusia akan meningkat,seperti yang kau tentukan umur aku semakin meningkat.Aku mula bersekolah,aku mula berjinak dengan dunia.Guru di sekolah menjadi pembimbing untuk  berjaya.Aku mula mencari rakan-rakan yang akan menjadi peneman dikala untuk bermain-main.Hari-hari menjalani rutin harian yang sama sehingga umur meningkat remaja.

Masuk ke alam remaja.Aku masuk ke alam sekolah menengah,berjumpa dengan pelbagai jenis manusia,baru aku kenal apa itu dunia realiti.Pelbagai cara,gaya dan jenis manusia yang ada di dunia ini.Hati aku dan fikiran aku mula bergaduh,siapa yang patut kau jadikan rakan disekolah ini?Malangnya,aku telah salah memilih rakan.Aku memilih rakan yang selalu ajak aku melakukan perkara-perkara maksiat.Aku tidak lagi  bersujud kepadamu.Aku tidak lagi sanggup untuk memakai sepasang baju dan kain putih berhadap dengan mu seperti masa kecilku.Aku akan melawan bila ibu kerkata "Solat Itu Wajib".Aku akan berkata "Nantilah,orang tahulah nak solat".Ibu dan ayah aku semakin tua,mereka tidak larat untuk memukul aku lagi.Mereka menangis sambil sujud kepada mu disebakan sikap aku yang bertopengkan Syaitan.Aku tidak mengendahkan itu semua,malah aku sedang berkhayalan dengan penipuan dunia yang sementara ini.Aku tidak pernah takut dengan azab-azab yang kau nyatakan di Al-Quran,malah aku mengatakan itu semua tipu,aku tidak percaya lagi dengan kewujudan kau sedangkan semasa kecil aku rajin bersujud kepada kau walaupun aku tidak lihat kau dihadapan mataku.

Kau masih dengan sikap penyayang kau,kau masih memberi aku nyawa untuk aku hidup di dunia ini.Kau memberi aku hidayah untuk bertaubat setelah kau mecabut nyawa ibu ku.Aku mula fikirkan apa hikmah kematian ibu ku itu,aku mula bertaubat kepada mu dan aku mula mengingati masa-masa kecil aku dahulu.Siapa yang akan menjadi pengganti ibu aku untuk mengajar aku solat pada masa kini ?Siapa Ya Allah ?Tiada siapa yang sanggup mengajarkan aku,rakan-rakan aku yang hancurkan maruah aku tidak lagi memandang diri ku ni malah aku di hina kerana bersujud kepada kau Ya Allah.Disebakan doa-doa harian aku,kau ketemuka aku dengan seorang ustazah yang boleh mendidik aku dan kini aku yang telah menjadi seperti mana aku kecil-kecil dahulu.

Walaupun aku bertaubat tetapi adakah kau ampunkan dosa aku itu?  Sekiannnn .....


Cerita diasatas rekaan semata-mata.Tiada kaitan antara yang hidup dan mati .


No comments: