MR.Crush

Assalamualaikum w.b.t.






 Sedang aku duduk di sebuah restoran yang dikelilingi dengan pasangan-pasangan yang sangat romantik,aku teringat akan diri kau.Jika kita juga adalah pasangan kekasih,adakah kita romantik seperti mereka juga?Sedang aku teringatkan setiap kenangan yang kita lalui tiba-tiba datangnya seorang makhluk yang tidak aku ketahui.Dia adalah pelayan restoran tersebut.Aku menempah Flurry ice-cream vanilla dan juga chicken cop .Bayang-bayang kau masih bermain di khayalan aku dan betapa indahnya jika kita makan bersama-sama di restoran yang indah ini.

Disebabkan aku adalah seorang penulis buku,pena dan buku sentiasa berada di samping aku walau ke mana jua aku pergi.Sedang aku menikmati Flurry ice-cream vanilla aku menarikan pena dengan tema yang bertajuk MR.Crush.

        "Kau yang berbaju kuning,kulit berwarna putih coklat
          Jangan kau campakkan minyak ke dalam api
          Curahkan air peluhmu ke dalam api tersebut
          Buka mata kau bulat dan biji mata yang berwarna hitam
          Jangan kau gunting cinta yang setia sejati
          Bila darah menitik tak mungkin dapat diubati"

Hanya puisi sahaja yang baru aku dapat sediakan ke dalam cerita yang bakal aku reka ini.

Setelah aku menikmati keenakkan flurry ice-cream vanilla aku pun bergegas untuk berjumpa dengan rakan aku yang sedang menunggu aku di sebuah stesen LRT .Aku berjanji dengan rakan aku itu untuk menemani dia untuk berjumpa dengan kekasih barunya itu.LRT sedang bergerak kami pun mulakan perbualan ,kawan ku berkata "Eh,aku nervouse gila nak jumpa dia,first time tuuuuu".Lalu aku berkata "Alahh,watlekk sudah bukan dia nak makan kau pun kann!" .Dengan rancak kami bergurau-senda dan beberapa minit kemudian kami sampai di tempat yang ingin kami tuju.

Sedang kami mencari-cari kekasih rakanku itu, datang seorang di belakang kami lalu berkata "Assalamualaikumm" . Suara yang nyaring seperti suara MR.Crush kedengaran di telingaku.Dengan pantas kami menolehkan kepala,wajah rakanku itu tetiba berubah pucat disebabkan dia terkejut dengan kemunculan kekasih barunya itu.Aku juga turut terkejut kerana muka kekasih rakanku itu serupa dengan Mr.Crushh aku.Adakah dia MR.Crush?Soalan itu bermain di dalam fikiran aku.

Tanpa berkata apa-apa aku mengacukan soalan kepada kekasih rakanku itu "Nama awak **** ke?" Lalu dengan reaksi muka pelik dia berkata bukan saya ****.Aku menarik nafas dengan dalamnya dan menghembuskan dengan penuh perasaan.Kami berjalan-jalan di sebuah shopping Mall bersama-sama dan menikmati keindahan hari tersebut dengan penuh khayalan.Aku seperti biasa rajin melangkahkan kaki ke kedai-kedai buku untuk membeli novel-novel yang ternama.Sedang aku mencari buku, datang seorang jejaka terlanggar siku aku lalu buku itu terjatuh.Aku dengan segera tunduk untuk mengambil buku itu dan aku terlanggar kepala lelaki jejaka itu kerana dia turut tunduk untuk mengambil buku itu.Aku alihkan pandangan aku ke muka jejaka tersebut,terbeliak mata aku apabila dapat tahu dia adalah Mr.Crush yang sebenar.Mr.Crush yang selalu aku pandang dari jauh,Mr.Crush yang mempunyai senyuman yang manis.Mr.Crush memohon maaf kepada aku lalu aku berkata "Tidak mengapa" dengan gaya tersimpul malu.

Alangkah indahnya jika dia mengajak aku untuk makan bersama-samanya,hati kecilku berkata.

Adakah Mr.Crush akan mengajak aku pergi makan?



    


No comments: