Suara Hati Manusia


    



                                                                                
                               


 Sains dan teknologi kini semakin menular di negara ini.Tanpa disedari semua peralatan yang digunakan di dunia sekarang adalah dihasilkan daripada mesin.Tidak seperti dahulu lagi,manusia hanya menggunakan bulu ayam atau pen untuk menulis.Bagi manusia zaman kini,lebih mudah bagi mereka hanya menggunakan komputer untuk menyelesaikan satu laporan dan sebagainya terutamanya di pejabat-pejabat.
      Jadi,di sini saya ingin memberitahu  “Suara Hati Manusia” salah satu rakyat Malaysia pada masa kini.Pada mulanya, Puan Siti Normah memberi pendapat bahawa beliau amat menyukai berubahan mendadak yang dialami ke atas dunia kini yang di kenali sebagai dunia globalisasi.Terdapat kebaikan dan keburukkan di samping perubahan yang berlaku pada dunia pada masa kini.
      Antara kebaikan yang diperoleh oleh rakyat adalah penjimatan masa.Sebagai contoh,di bank,dahulu mereka perlu mengambil masa yang lama untuk tunggu di bank,malah pada masa kini semua urusan bank dapat dilakukan dengan begiu pantas oleh kerani bank dengan menggunakan mesin yang telah di sistemkan untuk menguruskan hal-hal kewangan.
      Antara keburukkan teknologi pada masa kini pula adalah pencapaian seseorang pelajar itu semakin merosot.Hal ini adalah kerana ramai pelajar yang terlalu obses dengan laman sosial yang ada pada masa kini,contohnya seperti facebook,twitter,blog dan sebagainya.Inilah yang menyebabkan pencapaian mereka merosot tanpa mereka sedar.Tidak dikatan mereka tidak boleh melayari internet namun mereka harus bijak dalam menguruskan aktiviti.Itulah baru digelar sebagai pelajar cemerlang.Kini,remaja terlalu banyak menghabiskan masa hanya dengan laman sosial,faktor daripada ketagihan.Mereka lebih menyukai menghabiskan masa untuk berchatting dengan rakan-rakan mereka berbanding membuka buku.
     Nasihat daripada Puan Siti Normah pula adalah,kini semua rakyat Malaysia harus bijak dalam menguruskan masa.Memang boleh dikatan begini “ Ini zaman ICT  lah” namun harus juga kita memirkan kebaikan dan keburukan disebalik dunia ICT itu.Jika seseorang itu bijak dalam semua bidang,dia adalah orang yang gemilang .
       Kesimpulannya,sudah terang lagi bersuluh rakyat Malaysia haruslah menggunakan ICT demi kebaikan diri sendiri tanpa membawa apa-apa padah pada diri sendiri.Lebih bijak seseorang itu jika mereka mempunyai jadual harian sendiri untuk menguruskan aktiviti harian mereka.

           Sekian daripada saya,

                                                                                                                               Tanda tangan,
                                                                                                                    Umi Kalsum.

___________________________________________________________

No comments: