Warkah Persahabatan

Hari ini,semalam dan kemarin 
Tanpa berkata-kata kau mendiamkan diri
Kini kau datang sambil membawa ucapan 
Susah berdamping dengan orang yang suka menuding jari,
Salah silap sendiri tak mahu dicari,
Susah berdamping dengan orang terlampau baik budi,
Bila senang disanjung bila susah main lari-lari,
Jika aku adalah Si Celaka kenapa tidak kau menjadi penasihatnya,
Jika aku tidak penting,usah kau palingkan kepala untuk melihat diriku,
Tanpa penghujung jalan kau sakiti,namun masih aku bertahan.
Betapa dalam sebuah kapal itu karan,sedalam itu hatiku terluka,
Tanpa melihat ke atas kau berkata-kata,kini kau terpaksa melutut 
Tiada yang lebih baik daripada yang kau sangkakan,
Kerna aku adalah aku yang dihasilkan dari skrip hidupku,
Sekarang kau bertemankan orang yang kau cela,
Usah berdolak-dalik hancurkan perhubungan,
Demi kau menutup kekotoran kau tutupnya dengan kain yang nipis masih jelas kotarannya,
Kemenangan bukan di tangan Si Penindas malah di tangan Si Pendiam 
Berdiam tak bermakna terputusnya hubungan ,kenapa tidak persoalankan kenapa ?
Tanpa kau mengkaji,kau acukan senapang sambil kau menyakiti,
Dan bila tersungkur,kau baru mula mencari yang telah tersungkur terlebih dahulu,
Juaramu dalam kesombonganmu hanya sampai di titian yang telah reput,
Mungkin akan terhenti persahabatan kita di satu perhentian kereta api,
Keegoan mu telah membawa kau penyakit yang besar tiada ubatnya,
Sambil tangisan kau duduk bersendirian 
Sambil berdiri aku di tempat tinggi aku perhatikan,
Sepantas kilat kau lupakan yang telah usang,kini kau miliki yang baru,
Kata-kata kau yang memakan diri Si Usang tidak pernah langsung kau fikirkan,
Bila berjauhan kau luru kan kata-kata yang membenci tanpa selidikan,
Sejuk kaki aku untuk melangkah ke neraka yang panas .

__________________________________________________________________________________________________

Aku bukan seorang yang bijak berpuitis,puisi pertama yang aku acukan pada sahabat handai yang menikam aku menggunakan pisau tanpa belas kasihan,Kini aku berdiri tegak untuk ubati luka dan darah yang keluar dari tubuh untuk jadi seorang yang berjaya tanpa teman sejati di kiri dan kanan,Kata-kata kau "Nanti aku dah tak ada baru kau tahu macam mana" .Ini menunjukkan kehidupan aku terlalu bergantung pada kau,maka aku putuskan tali yang tebal untuk membuat keputusan yang aku ingin berdikari.Tidak akan aku lupakan sahabat handai yang berjasa.Kenapa harus bermasam muka sedangkan kita semua mempunyai warna rambut yang sama.Dari jauh kau perhatikan gerak-geri aku bila kau merinduiku,daripada jauh kau boleh coretkan kata-kata bencianmu .Salam teman kepada temanku .


No comments: