Terasa .

    Masuk blog sambil jalan pakai heels macam modal ,sekali ...... opocotttt .Terjatuh. Cover malu !! Bangun balik say ' Hello,Assalamualaikum ' sambil betulkan baju !!

    Entry kali ni bertajuk "Terasa" and CC: @akbarazman sebab membuatkan aku teringat akan pada tajuk  yang aku fikirkan petang tadi untuk update blog.  !!Hehe Alah itu pun nak cerita . Haruslah .

 Entry bukan nak buat orang terasa atau membuat orang termakan cili .Tak,No,No,No .You're wrong .Terasa kenapa terasa ? Sebab zaman sekarang popular dengan orang yang suka terasa. Eg like this "Minah update status: Menyampah aku tengok dia tu . Siti comment: Ouhh kau menyampah eh tengok aku.Putus kawan seminit " . You see this guys .Minah tak cakap pun dia menyampah dekat Siti tapi Siti tuuuu eleh lebih jeerrr .

  Kepada warga Malaysia yang suka akan dengan sikap macam tu,silalah berhenti kerana ini sangat berbahaya.Korang terasa,kena korang terasa sebab korang buat benda tu.Faham tak. Kalau kau tak buat kau takkan terasa . Bak kata pepatah " Siapa yang burger dia yang terasa sadapnya" Cara korang nak buang sikap tu dalam diri adalah dengan maki hamun orang tu .Eh,ada berani ??


Cara-cara nak buang sikap suka terasa .

  • Elakkan diri daripada melakukan perkara yang tidak disukai oleh orang sekeliling.
  • Sentiasa mendisiplinkan diri 
  • Banyakkan berselawat supaya hati sentiasa tenang dan tidak dipenuhi dengan dendam 
  • Kalau orang tu memang update status pasal kita,kita hantar link gambar jenazah dekat dia supaya dia bertaubat 
  • Jangan mudah terasa dan sentiasa berfikirkan luas dan positif terhadap orang lain .
Kalau korang amalkan cara-cara ni semua confem korang akan disukai oleh orang ramai . Kepada orang yang suka update status dan membuat orang terasa ,anda terlalu kejam .Yes,saya adalah salah seorang daripadanya sebab bila kita cakap depan-depan dia susah nak terima and akan menyebabkan berlakunya pergaduhan.Kan ?

Buat apa membazir tenaga cerita pasal orang lain.Lagi satu kehebatan yang ada dalam diri anda adalah anda berjaya membuatkan orang terasa dengan status/ tweet anda. Anda memang hebat bukan semua orang boleh buat macam tu .:p Kalau kita asyik nak cerita pasal orang,orang tu pun akan melebih jugak.Maka dengan itu anda perlu ambil inesiatif untuk mengubah sikap anda .

Cara-cara nak elak kita post tentang orang lain.

  • Banyakkan bersabar dengann kernah orang yang berada disekeliling kita
  • Diamkan diri dalam masa sehari ,seminggu,sebulan atau setahun
  • Buat don't know je dekat orang tu sampai orang tu sendiri penat nak kenakan kita 
  • Kalau ada kawan yang suka sakiti kita,kita cari kawan yang lain 
  • Banyakkan berdoa dan minta petunjuk pada Allah 
Orang paling kita boleh percayai adalah Allah,maka ngadulah padanya walau apa pun masalah kita. Allah pasti sedia membantu hambanya yang lemah . In Sha Allah .

 Maafkan saya jika entry ada buat sesiapa terasa. Namun itu bukan niat saya,niat saya hanya untuk memberikan tips kepada pembaca blog saya . Terima Kasih .Assalamualaikum .

                               *Aunty love you so much darling !! #Niece # 3 month #Saidatul Nafeesa

No comments: