Patah Tubuh Hilang Berganti , Part 1.

            Aku seorang artis lelaki yang berumur 20 tahun.Sejak kecil itulah cita-cita aku,ingin menjadi anak seni yang terkenal.Akhirnya,hasrat aku tercapai,aku menjadi seorang artis.Aku digelar pelakon.Aku mula berlakon dan mula mendapat ramai peminat.Aku juga seorang pelajar universiti yang mengambil kursus bahagian broadcating and film.

            Kini aku hanya seorang pelajar bukan seorang artis.Aku ingin belajar bersungguh-sungguh dan aku ingin menjadi artis terkenal di dunia.Bukan mudah untuk menjadi seorang yang terkenal dan namaku disebutkan di bibir peminat.Aku merasa bangga kerana rakan-rakan dan keluarga sentiasa memberi aku dorongan.Aku merasa seronok apabila aku diberi peluang menceburi bidang yang aku minat.Walaupun lambat namun aku sentiasa berusaha untuk mencari rezeki.

              Dahulu aku seorang hero bagi seorang heroin yang aku cintai.Kini aku sepi tanpa bunga yang sudi hadir pada setiap saat.Aku cemburu melihat raka-rakanku mereka bahagia bersama pasangan mereka namun aku tabahkan diri untuk memberi tumpuan pada kerjaya aku.Aku hidup dalam dua kehidupan iaitu kehidupan realiti dan palsu.Aku hanya memegang watak dalam skrip dan aku hanya perlu lakonankan watak tersebut.Itu tidak pernah sukarkan diri aku namun ia menggembirakan aku.

          Aku ada akaun Facebook and Twitter seperti mana golongan remaja yang lain juga ada.Setiap hari peminat-peminat aku bertweet dengan aku,aku berasa sangat seronok.Ramai pula wanita yang memuji aku kerana aku sangat kacak.Namun,aku bersyukur pada ilahi kerana dialah yang mencipta aku.Aku diminati kerana lesung pipitku yang comel dipipiku.

         Ada seorang gadis yang selalu menyebut namaku,yang selalu memerhatika aku namun aku tidak pernah sedar kehadirannya.Aku selalu mengabaikannya kerana ada yang lagi indah daripada dia.Aku sibuk pada kerjaya aku sehingga aku lupa padanya yang sentiasa mengharapkan agar aku sentiasa bersamanya.Aku tidak merasa Patah Tubuh Hilang Berganti kerana aku tidak mahu kecewa buat kali kedua.

        Pada suatu hari,aku menerima satu surat dan sebuah kotak daripada sahabatku lalu surat aku membaca surat itu dengan penuh perasaan.Sebaris demi sebaris aku membaca,mengalir air mataku.Si gadis itu menulis setiap perasaan cintanya padaku di atas kertas.Baru aku sedar cinta sejati wujud,wujud di depan mataku namun ditutupi dengan kegelapan mataku sendiri.Aku membuka kotak tersebut,penuh dengan bunga-bunga yang aku suka.Semakin laju air mataku mengalir.Sahabatku menarik tanganku lalu memeluk erat tubuhku dan memberi aku semangat.Aku mengelap air mataku dan dengan penuh perasaan aku bertanya pada sahabatku "di manakah gadis ini sekarang?" sahabatku hanya berdiam diri.

        Dia menarik tanganku dan bawaku ke tempat letak kereta dan menyuruhku mengikutinya pergi ke suatu tempat yang aku juga tidak tahu.Sepanjang perjalanan sahabatku hanya mendiamkan diri dan aku pula sengaja menyibukkan diri dengan membongkar kotak pemberian gadis itu.Akhirnya,kami sampai juga di satu  jalan raya yang bersimpang empat .Jalan raya itu dipenuhi ramai orang,sahabatku mengajak aku pergi ke tempat segerombolan manusia itu,aku terpaksa menyelit lalu apabila aku sampai aku melihat gadis yang memberi aku surat itu terbaring di atas jalan raya dan badannya dipenuhi dengan darah.Aku terduduk lalu aku merenung wajahnya,aku menyuruh dia bangun semula kerana aku ingin menebus dosaku padanya.Dia tidak bangun.Aku pegang tangannya dan terkejut apabila nadi dia masih bergerak,dengan pantasnya aku mendukung si gadis dan baringkannya di dalam kereta.Dengan perasaan yang sedih,aku memandu kereta untuk menuju ke hospital.Setelah aku sampai,doktor bawa si gadis itu ke bilik ICU .Selama 4 jam aku menunggu.Doktor pun keluar dan dia memberitahu bahawa gadis itu berjaya di selamatkan .Aku terus terduduk dan membuat sujud syukur tanda aku bersyukur pada ilahi .

      Setiap malam aku menemani gadis itu dengan membacakan surat yang dia berikan padaku berulang kali dengan harapan agar dia akan cepat sedar kerana dia masih berada dalam keadaan yang tidak normal.Pada suatu malam yang indah,bulan terang dengan cahaya yang terang gadis itu menggerakkan jarinya dan aku merasa sangat gembira dan menjerit memanggil doktor.Alhamdulillah akhirnya,si gadis itu sedar juga.Seminggu kemudian dia pun telah sembuh lalu aku membawanya pulang ke rumah dia.

            *nantikan sambungannya pada masa yang akan datang,rajin-rajinlah ke blog ini untuk cerita selanjutnya"




*gambar hiasan, Modal: Aizat Hassan :) 



       

No comments: