Patah Tubuh Hilang Berganti,Part II

     Dia semakin sembuh dan semakin sihat.Aku menghantar dia pulang ke rumah dia.Aku memandu kereta menuju ke rumahnya,aku lihat sseperti ramai orang di hadapan rumah dia. Aku merasa takut untuk melangkahkan kami ke rumah tersebut,dia pula bertanya padaku "Kenapa ramai orang ni?" dia juga tidak mengenali orang-orang yang sedang berdiri di hadapan rumahnya.Sebagai seorang lelaki yang gentle,aku berusaha untuk menutup rasa takut dan cuba untuk memberanikan diri.

   Aku ternampak seorang lelaki muda,berbaju Melayu dan bersongkok sedang berdiri di tepi tiang,aku pimpin tangan gadis itu dan aku menuju ke arah itu. Ketika itu,lelaki itu sedang menegok air ,apabila dia melihat kedatangan aku dan gadis ini,dia menjatuhkan cawan di tangannya lalu berlari ke arah kami.Aku menghulurkan tangan untuk memberi salam namun dia tidak mengendahkan kehadiran aku ,dia terus memeluk gadis ini dan mengucup dahi gadis ini.Aku tergamam buat seketika,lalu banyak soalan yang berawangan di atas kepalaku,siapa lelaki itu sebenarnya? Tiba-tiba lelaki itu sergah aku dengan kekerasan,dia menolak aku sampaikan aku terjatuh dan tanganku terluka mengalir darah.Aku cuba untuk meredekan keadaan namun dia terus dan terus memukul aku.Aku berdiri dan terus berlari ke arah kereta dan dengan gegasnya aku berangkat dari rumah gadis itu.Gadis itu hanya mendiamkan diri ketika aku dipukul  oleh lelaki yang aku juga tidak kenal padanya.

     Beberapa hari kemudian,aku melihat seorang gadis sedang duduk di hadapanku namun dia menundukkan kepalanya ke bawah.Hati aku merasa gementar bila melihat gadis ini,aku cuba mendekatinya tertanya betul tekaan aku ,dia adalah gadis yang mencintai aku itu. Aku pegang dua bahunya dengan keras,aku tanya kepadanya?Apakah kesilapan aku? Siapa lelaki pada haritu ? Gadis itu hanya mendiamkan diri,air mata sahaja yang mampu dia tunjukkan padaku.Aku cuba untuk memujuknya,aku mendekati dia,aku memeluknya dan aku mengelap air mata yang mengalir dari matanya yang cantik bagaikan permata .Dia memeluk tubuh aku seeratnya tanpa berkata apa-apa. Aku berasa terkilan dan aku juga turut menangis.Aku membawanya ke sebuah laut yang berhampiran dari tempat yang aku berdiri.Aku memaksa dia supaya menceritakan perkara yang sebenar.Sedikit demi sedikit dia mulakan ceritanya.

     Lelaki yang pukul aku pada haritu merupakan bakal suaminya.Dia dipaksa oleh keluarganya,namun dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pada lelaki itu.Dia memberitahu pada aku bahawa tarikh perkhawinan mereka semakin dekat .......... Tiba-tiba aku merasa seperti ada seseorang yang memukul kaki aku,lalu aku tersedar daripada tidur dan aku berasa mamai seperti masih dalam mimipi tersebut!! Aku menggosok mata aku dan kini aku berada di dalam alam yang nyata bukan dalam mimpi mainan tidurku itu lagi. Sekian .:)

     

No comments: