The end with tears

Dengan keadaan bandar yang sangat sibuk,Elly terpaksa mengambil masa yang sangat panjang untuk menunggu kedatangan kekasihnya yang selalu menyambut dia pulang dari sekolah.Dia memandang ke hulur ke hilir dengan wajah yang terlalu penat.Dia duduk seketika di kerusi yang tersedia di "bus stop" itu and dia mengeluhh "Ishh.mana awak pergi?"

Beberapa minit kemudian,sampai jua Amirul di situ dengan memandu kereta berwarna hitam.Dengan pakainanya yang segak dan berkaca mata hitam.Apabila Elly tatap sahaja wajah si dia,kepenatan yang dialami hilang sekelip mata.Amirul berkata "Awak.hari niee kita pergi jalan-jalan eh,mungkin ini buat kali yang terakhir" .
Elly berkata"Awak,saya baru sahaja pulang dari sekolah apa kata kalau saya balik dan tukar baju dahulu".Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka berborak dengan begitu rancak,bergelak ketawa dan sebagainya tetapi mereka tetap menjaga akan hukum hakam islam tanpa perpegangan tangan atau sebagainya.Elly dan amirul adalah lelaki dan perempuan yang sangat baik dan mereka sangat sayang akan hubungan mereka jalinkan dengan adanya restu kedua ibu bapa dalam percintaan tersebut.

15 minit kemudian mereka sampai di hadapn rumah Elly dan Amirul hanya menunggu kekasihnya di dalam kereta.Sementara itu,Elly bergegas lari ke bilik lalu mandi dan menukar baju.Dia memakai minyak wangi yang baunya dapat menarik perhatian  ramai lelaki tetapi dia hanya pakai sekadar hilangkan bau badan.Dengan tudung yang rapi,baju yang labuh,beg yang cantik dan hells yang tinggi dia keluar dari rumah dan menuju ke kereta.Amirul terkejut melihat keadaan Elly itu tetapi dia tidak menunjukkan perasaan itu terhadap Elly kerana dia seorang yang pemalu.

Elly naik ke dalam kereta dan Amirul berkata "Heyy,Today saya nak belanja awak makan,and mungkin ini kali terakhir"
Elly tidak menghiraukan kata-kata Amirul lalu Amirul pun mula memandu.

Setelah setengah jam dalam perjalanan seperti yang diperkatakan Amirul dia ingin belanja Elly makan.Mereka berjalan menuju ke sebuah restorang yang sangat besar dan cantik.Mereka makan sambil berborak dan selepas makan mereka pergi ke panggung wayang dan mereka berjalan-jalan di seluruh Shopping mall itu.Tiba-tiba Elly menarik baju Amirul dengan perlahannya dan dia berkata "Awak,saya rasa tak sedap hati.Saya nak menangis.Saya harap awak tak tinggalkan saya.Saya tak sanggup kehilangan awak" lalu air mata keluar begitu laju daripada matanya.
                     Amirul pula berkata "Saya takkan tinggalkan awak tetapi hanya ajal sahaja yang akan memisahkan kita berdua."Amirul mengelap air mata yang mengalir daripada mata Elly dengan menggunakan tisu yang yang sangat lembut dan berwangi.

Beberapa minit kemudian,air mata Elly berhenti dengan sendirinya.Mereka bangun dari tempat yang di mana Elly terduduk di situ kerana terharu akan dengan  kata-kata yang diluahkan oleh Amirul.Mereka bercadang untuk pulang ke rumah kerana telah petang.

Mereka pulang ke rumah dengan membawa pulang sikit barang yang dibelikan oleh Amirul kepada Elly iaitu jam dan cincin dan dalamnya terselit sepucuk surat yang berwarna pink.Amirul telah memberitahu supaya dia membaca surat itu setelah pulang ke rumah.Sebelum pulang ke rumah,mereka berjalan-jalan di taman perumahan yang berhampiran dengan rumah Elly.

Tiba-tiba sebuah lori yang menuju dari sebelah kanan yang  kereta dipandu oleh Amirul telah melanggar kereta mereka.Elly tercampak keluar daripada tingkap dan dia bangun dengan susah payahnya untuk melihat keadaan kekasihnya itu.Darah keluar melalui hidungnya,dari telinga kanannya dan dari kepalanya.

Elly terduduk di situ dan dia menelefon ambulan dan ahli keluarganya.Beberapa minit kemudian ambulan sampai dan Amirul di bawa ke hospital berhampiran dan dia di sahkan tidak lagi bernyawa.Elly menjerit sekuat hati dan dia berlari ke bilik ICU lalu dia memeluk arwah Amirul.Jam dan cincin yang diberikan telah pun dia pakai dan dia teringat akan surat yang diberikan kepadanya lalu dia berlari anak keluar dari bilik dan dia mencapai begnya untuk mengambil surat itu.Dia masuk ke bilik itu semula dan dia membaca surat itu di hadapan arwah sambil air mata yang mengalir tidak terhenti.


Assalamualaikum 
I sayang you, I happy bila tengok you pun happy. Mungkin I tak dapat buat you happy buat selamanya. I doakan apa yang terbaik untuk you. I mintak maaf I tak dapat jadi yang terbaik untuk you. Hubungan 2 tahun, lama, bukan senang kan nak lupakan I? Tipu lah kalau you cakap you tak sayang I. I perlahan-lahan terima semua ni walaupun hati ni berat sangat tapi hati orang kita tak boleh nak paksa kan?  Kalau ada jodoh insyaAllah 1 hari nanti kita bertemu kembali. Terima kasih atas kenangan selama ni. Jaga diri, Elly.
                                                                                                                                                                     Daripada,
                                                                                                                                                                    AMIRUL 

Elly dengan gegasnya berlari ke masjid dan mengambil wuduk lalu sembahyang dan berdoa kepada Allah supaya roh arwah dicucuri rahmat,dimasukkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Semoga rohnya ditempatkan di syurga.Dia tidak berhenti membaca yassin untuk arwah dan setelah arwah dikebumikan dia pulang ke rumah dan dia cuba untuk terima semua yang telah terjadi.Semuanya berlaku hanya dalam satu hari.............


Sambungannn  akan datang ..............