MR.Crush 2

          Hati kecilku berkata-kata alangkah indahnya jika dia mengajak aku makan bersama-samanya.Setelah fikiran itu hilang,Mr.Crush berkata "Jom makan sama-sama". Ya Allah aku merasakan betapa indah dunia pada waktu itu.Aku merasakan seperti ingin sujud padamu waktu itu,tetapi aku menahan perasaan gembira itu dengan penuh perasaan.
 
         Kami berjalan bersama-sama untuk menuju ke salah satu restoran yang berdekatan.Aku hanya mendiamkan diri kerana aku agak pemalu orangnya.Mr.Crush juga seorang yang pemalu tetapi dia cuba untuk buang perasaan malunya itu lalu dia menegur aku.Pada waktu itu,aku sedang berangan sambil jalan lalu aku terkejut.Mr.Crush berkata "Berangan ke apa nie?" ,lalu aku menjawab "Eh,manada tak delah" .Kami meneruskan perjalanan lalu sampai di ssebuah restoran yang bernama Restoran Selasih .

       Setelah tiba di restoran itu,dia menarikkan kerusi untuk aku duduk dan baru dia duduk.Datang pelayan restoran tersebut pula,aku hanya menempah air kerana aku sudah makan sebelum datang untuk menemani rakanku itu.Sementara menunggu air sampai kami berborak-borak dahulu.Aku hanya memandang matanya tetapi apabila dia lihat mata aku semula ,aku cuba untuk mengalihkan padangan aku daripadanya.Dia  bertanya padaku "Kenapa awak hanya mendiamkan diri,kenapa awak tak nak makan?" lalu aku menjawab "Ahh.....ahh. mana ada diam,saya tak nak makan sebab saya dah makan tadi sebelum datang sini".Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi dan dia menjawab panggilan itu.Aku tidak dengar perbualan Mr.Crush dengan orang yang menelefonnya itu.Aku hanya melemparkan senyuman kecil pada Mr.Crush.Setelah Mr.Crush tamatkan perbualannya datang seorang gadis yang cantik dari arah belakang Mr.Crush dengan membawa sekuntum bunga.Dalam fikiran aku "Adakah,perempuan ini yang menelefon Mr.Crush atau dia adalah kekasih orang yang berada di belakang aku".Semakin rancak fikiran aku mencurahkan pernyataan yang salah semakin dekat langkah perempuan itu menuju ke arah kami.Aku hanya mendiamkan diri ibarat perempuan itu tidak wujud.Perempuan itu sampai di belakang Mr.Crush lalu dia menghulurkan bunga itu kepada Mr.Crush,nafasku seperti terberhenti seketika apabila melihat keadaan itu.Air mata sudah pun terkumpul tetapi aku menahan air mata itu dari mengalir sekuat hatiku.Hanya tuhan yang tahu akan perasaan aku pada waktu itu.Aku mengambil keputusan untuk pergi ke tandas sebentar lalu aku menangis dengan penuh perasaan.Setelah aku mengalirkan air mata aku hingga mata aku bengkak menjadi merah aku tinggalkan restoran itu tanpa pengetahuan Mr.Crush.Doa terakhir aku pada waktu aku mengalirkan air mata adalah biarlah Mr.Crush bahagia dengan perempuan itu hingga ke jannah.

                                                                           THE END 

Setiap manusia ada cita rasa masing-masing dalam pemilihan pasangan hidup.Semakin kedengaran perkataan crush di mana-mana terutamanya di twitter.Tidak salah untuk kita minat pada seseorang tetapi jangan terlalu berharap kerana akan mengecewakan pada akhirnya.Setiap manusia yang dihidupkan di dunia ini berpasang-pasangan.Jadi anda pasti akan berjumpa dengan orang yang sesuai itu pada sesuatu tarikh yang menjadi rahsia.


   

No comments: