Mungkin ini yang terakhir

Akanku titipkan maksud ayat Al-Quran pada permulaan kata :
  "Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah,hai orang-orang yang beriman supaya kamu untung."
(An-nur:31) 
"Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya."
(At-Tahrim:8)

Rasullah s.a.w bersabda bermaksud :
"Sesungguhnya Allah s.w.t selalu membuka tanganNya di waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan kesalahan di siang hari.Ia membuka tanganNya di siang hari untuk menerima taubat orang yang salah di malam hari.Begitulah hingga matahari terbit dari barat." 

________________________________________________________________________________________________

Sebak di dada apabila ramai yang menuduh aku seorang yang gemar menyakiti hati orang lain,sedangkan apa yang aku sedang lakukan hanya aku dan tuhan sahaja yang tahu.Ramai yang sedang berkobar-kobar melontarkan pelbagai fitnah atas diri aku.Semakin ramai hamba Allah yang dekat dengan aku membenci aku,sedangkan pada setiap minit dan saat aku cuba untuk jadi yang terbaik untuk mereka.Mereka hanya lihat kelemahan yang ada pada aku dan mereka cuba untuk berdolak-dalih dengan kebaikan yang aku lakukan pada mereka.Tidak pernah aku minta untuk mereka untuk menghormati aku,tetapi hanya aku mohon mereka menghargai aku.Tidak ada tempat yang aku mampu luahkan melainkan di sini.

Terkadang aku marah kerana aku rasa ego,langsung tidak memikirkan betapa sabarnya Nabi dahulu.Mula aku untuk mencaci orang,menyakiti hati orang tanpa memikirkan hati mereka.Aku akan memarahi orang terdekat aku jika aku tidak menyukai akan perbuatannnya itu,malah dia beranggapan yang aku sedang menyakiti hatinya.Aku cuba untuk menjadi terbaik di mata semua tetapi aku tidak mampu.Mereka sentiasa cuba menyindir aku di khalayak ramai,tanpa memikirkan betapa peritnya perasaan aku pada waktu itu.Lagi perit luka hati aku pada waktu itu dari luka aku pada waktu aku jatuh daripada motor.;'(Mereka sentiasa mencemburi akan dengan sikap baik aku,sentiasa cuba untuk merampas seseorang yang menyayangi aku,ya allah adakah ini semua hanya khayalan aku?Namun aku merasakan ini semua dengan sendirinya,dan aku merasakan segalanya.

Sampaikan aku menangis memikirkan hal ini,tidak ada satu pun yang pedulikan keadaan aku pada waktu itu.Terkadang aku fikir ingin lari jauh dari dunia ini,namun aku tidak mampu kerana aku hambamu yang lemah.Aku langsung tidak dipedulikan pada waktu aku gembira atau sedih.Tiada seorang pun yang ingin cuba untuk membahagiakan aku kecuali seorang yang buruk di mata orang lain tapi sempurna di mata aku.Tiada niat untuk menyakiti hati orang lain dalam setiap kata-kata aku melainkan aku membenci mereka.Kadang-kadang aku merasakan orang terdekat dengan aku bersikap riak,tetapi aku hanya mendiamkan diri kerna aku tidak mampu bertikam lidah kerana banyak lagi perkara yang berfaedah mampu aku lakukan.

Mungkin ini semua adalah kesilapan dari diri aku yang sombong,riak,suka menyakiti hati orang ramai and etc.Ingin aku menjadi orang yang sempurna di mata semua namun tetap mereka memandang jijik pada diri aku.Sedang aku cuba untuk mendekatinya malah mereka cuba untuk menjauhi aku tetapi hanya kau ya allah yang menerima diri aku ini seadanya.Terkadang aku terfikir mengapa aku dilahirkan dalam kalangn orang-orang sebegini tetapi aku memirkan ini semua adalah ujian yang kau berikan kepadaku.Hanya kasih sayangmu yang aku perlukan sehingga nafas terakhir ku.

Jika aku terbuat salah maafkan semua kemaafan ku.Aku hamba yang lemah,tidak mampu untuk memohon maaf daripada seorang demi seorang kerana mungkin kesilapan aku itu dengan sengaja atau tidak sengaja.Aku akan memaafkan segala kesilapan kamu terhadapku kerana aku tidak berkuasa untuk menghukum seseorang. Mungkin ini yang terakhir kalinya daripada writer blog ini.Wassalam ...


No comments: